Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

EBOOK REVIEW - PAEL & CHA BY HARITA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Kebelakangan ini, banyak ebook yang diberikan secara percuma oleh penulis kepada pembaca. Ika juga tidak lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Sebab ika nak explore lebih banyak lagi karya baru. Dan penulis-penulis ini juga penulis baru jika tidak silap. Salah satu ebook percuma yang ika terima ialah Pael & Cha dari Harita. 

Terimakasih buat saudari Harita kerana memberikan ebook ini secara percuma untuk dibaca. Disebabkan ika ada kelapangan waktu untuk mengulas pada bulan ini. Jadi, selepas membaca ika akan terus letak di medsoc supaya lebih teratur.  Ebook Pael & Cha ini memang sangat sesuai dibaca oleh pembaca yang masih boleh menerima cerita cinta yang manis dan tidak complicated. Cuma, ika rasa kalau kulit ebook ini kurang menyerlah. Tapi, don't judge book by it's cover. Sebab apa yang penting ialah isi di dalamnya. Kan? 

Jom kita proceed ke ulasan ringkas. Bismillah. 


Kalau kita tahu orang tu tak suka dekat kita. Tapi dia masuk meminang kita. Agak-agak nak terima ke tak? Mudah atau tidak untuk menerima orang tersebut. 

Selepas Aisya menolak pinangan Nadim (ex boyfriend) nya. Pada hari yang sama juga, Rafael (Pael) yang secara tiba-tiba muncul di rumahnya juga telah masuk meminangnya. Aisya (Cha) merasakan perbuatan Rafael itu pelik dan menimbulkan tanda tanya. Dia tahu Rafael tidak sukakan dia dan dengan hanya mimik wajahnya saja sudah cukup memberikan Aisya jawapan yang jelas. Tetapi, lain pula bagi Rafael. Sudah lama dia memendam rasa dan keputusannya untuk menjadikan Aisya sebagai isterinya merupakan satu keputusan yang tepat. 

Namun, timbul satu konflik 10 tahun yang lepas. Dimana Rafael sedar itu mungkin membuatkan Aisyah menolak pinangannya. Aisyah juga turut terluka dengan cerita lama tersebut. Apa sebenarnya yang terjadi 10 tahun lepas? dan apakah perbuatan yang dikesali Rafael? 

RINGKAS | PADAT | TIDAK OVERDOSE TAHAP KEMANISAN 

Penulis menampilkan satu karya yang easy going. Cerita cinta yang santai. Ika senang sekali membaca Pael & Cha ini. Dalam fasa reading slump ini juga, ika rasa ebook ini memang membantu ika untuk mengembalikan mood membaca. Tahniah buat penulis untuk kisah cinta yang manis tapi terkawal gulanya. Tiada part yang meloyakan dan boleh buat pembaca muntah hijau. 

Watak Rafael di dalam ini boleh dikatakan seorang lelaki yang cool dan tidak mudah melatah. Meskipun dia tahu dia ada membuat kesilapan. Namun, dia sentiasa mencari ruang untuk menceritakan hal sebenar kepada Aisyah. Bukan sejenis lelaki yang mudah mengalah sebelum berjuang. Untuk watak Aisya pula, dia seorang gadis yang garang pada awalnya. Tapi bila berhadapan dengan Rafael. Perangai dia berubah 360 darjah which is kena admit la. Comel. Ika rasa penulis juga berjaya letakkan watak tambahan yang lain sebagai seri kepada cerita ini. Tanpa mereka, kaku juga la 2 watak utama ini. Mungkin krik krik. Tapi semuanya melengkapi dan mendukung antara satu sama lain. 

Jalan cerita yang senang untuk difahami. Bahasa yang digunakan juga mudah untuk difahami. Konflik juga tidak rumit dan dapat diselesaikan dalam  satu tempoh masa yang sangat tepat. Tidak rushing juga dalam menghabiskan cerita. Walaupun, hakikatnya ika mengharapkan penulis dapat panjangkan lagi cerita sebab baru nak merasa kemanisan Pael & Cha ini. Tapi sebab penulis belanja ekstra part dimana diselitkan cerita Dena & Aizat. Tiada apa lagi nak dikatakan. 

Tahniah penulis. Teruskan berkarya. <3

Post a Comment for "EBOOK REVIEW - PAEL & CHA BY HARITA "