Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ulasan Buku - Miss Princess Hanbok by Alam Anuar

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Pertama sekali, terimakasih tidak terhingga buat pihak Bookiut untuk edisi e-buku Miss Princess Hanbok ini. Ruang dan peluang yang diberikan sangat dihargai. Ika memang menantikan buku ini sejak pertama kali ika mengetahui mengenainya ketika di PBAKL 2022 beberapa bulan yang lalu. Ika juga berkesempatan untuk bersemuka dengan penulis Alam Anuar untuk claim gift yang penulis sediakan buat para pembaca. Nanti ika share di entry yang lain mengenai ini. 


"Ini adalah harta pusaka keluarga kita turun temurun."

"Hiasan norigae ini dapat melindungi anakanda. Gantungkan pada hanbok. "

"Amati norigae ini dan beringat, jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri" 


Siapa sini suka tengok kdrama sageuk?. Historical K Drama macam Scarlet Heart, Mr Queen, Hwarang dan lain-lain. Ha meh sep sikit. Kita geng. Kalau kalian berminat dengan kdrama sebegitu. Kalian boleh dapatkan Miss Princess Hanbok ini. Sebuah naskah yang penuh dengan aura kdrama dan sageuk. <3 Untuk adik-adik yang nak lari dari kebiasaan genre. Minta parents belikan okay?. Miss Pincess Hanbok ini bergenre fiksyen sejarah Dinasti Korea. Mana tahu lepas baca terus nak terbang ke Korea? haha. 





Tahniah buat penulis Alam Anuar untuk naskah terbaru ini. Saya percaya penulis mempunyai pengetahuan, ilmu dan pengalaman yang luas tentang negara Korea. Jika dibaca di bahagian biodata penulis. Penulis sudah 15 kali ke negara Korea dan menariknya, penulis merupakan online supporter untuk Kedutaan Korea di Malaysia.  Buktinya boleh dilihat dengan sangat jelas ketika membaca setiap perincian maklumat yang dinyatakan di dalam Miss Princess Hanbok ini. Baik dari segi budaya, makanan, pakaian, malahan tempat juga. Semuanya diceritakan dengan baik. Malahan pemilihan untuk menceritakan mengenai pakaian tradisional Korea adalah satu keputusan yang bagus kerana saya sendiri tak pernah tahu mengenai Hanbok. Saya fikir Hanbok ialah Hanbok sampailah saya baca details mengenai Hanbok itu sendiri. Menarik. 


Kalau nak ikutkan, saya rasa nak terus ke kedai makan Korea sekarang juga. Sebab memikirkan bagaimana penulis ceritakan mengenai makanan Korea membuatkan saya rasa sangat terliur dan lapar. Ini sama seperti kes masa baca Boba Girl. Terus craving. Nampak gayanya kena set date ke KFry ni. Haha. 




Saya rasa ini satu percubaan yang berani dari penulis. Bukan mudah untuk masukan fakta dalam buku fiksyen kerana khuatir akan meleret dan boring. Malahan dengan memasukan 2 timeline yang berbeza juga bukan mudah. Ada perkara yang saya nak highlightkan sebagai penambahbaikan buat penulis. Ini sekadar pendapat peribadi saya saja.Saya rasa adakalanya terlalu banyak maklumat dan istilah korea sekaligus dalam satu paragraph Jika pembaca adik-adik kecil membaca mungkin mereka memerlukan banyak masa untuk menghadam setiap butir perkataan dan maklumat tersebut. Apatah lagi jika adik-adik ini tak pernah lansung menonton movie/drama sejarah korea. Pasti, mereka akan susah untuk berimaginasi. As for me yang dah pernah tengok cerita sebegitu, saya boleh bayangkan setiap benda yang penulis sampaikan. Jadi, saya rasa pembaca dewasa tiada masalah.


Kedua, saya rasa ada beberapa ketika watak utama Ira seperti sedikit kaku. Rakannya Huiying pula nampak sedikit menonjol pada pertengahan cerita. Mungkin penulis create watak Huiying sebagai satu watak sokongan yang ceria kepada Ira. Jadi, mungkin kadang-kadang Huiyingter over shadow Ira. Berbanding dengan zaman Puteri Jeong. Areum dan Puteri Jeong saling melengkapi antara satu sama lain. It just my 2cent. Tapi apa pun, at the end of the day. Watak Ira masih lagi watak utama dan penulis memberikan sebuah ending yang sangat baik buat watak utama ini. 



N O T A 


Saya sebagai peminat cerita Scarlet Heart nak bagi peringatan yang dalam buku ini ada spoiler terbesar cerita Scarlet Heart. Siapa yang baru nak tengok please avoid spoiler itu. Kalau kalian jenis tak kisah tahu spoiler should be no problem haha. Eeii apeni apeni haha takmo la kasi spoiler haha. 

Post a Comment for "Ulasan Buku - Miss Princess Hanbok by Alam Anuar"