Coretan 11 November 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semakin berusia semakin banyak yang bermain dalam fikiran.. Kehidupan makin terasa pendek.. November memang bulan yang mengajar Sha banyak perkara..

Petang semalam semasa duduk berdua dengan encik suami, kami sama-sama berdoa untuk tidak mengabaikan anak-anak andai salah seorang dari kami pergi dahulu.. Kami melihat bagaimana anak-anak terabai hanya kerana kepentingan diri sendiri bila pasangan meninggal.. Sedih sebab anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian.. Sha tak menentang perkahwinan semula namun janganlah sampai anak terabai.. Namun ada juga yang kehilangan tapi masih setia berseorangan dan tabah menguruskan anak-anak.. Ini antara perkara yang kami sembangkan bersama.. Memang emosi bila bersembang bab macam ini.. Hidup ini singkat, kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan namun Sha sentiasa berdoa supaya kami sentiasa menjaga anak-anak tak kiralah sama ada masih bersama atau dah terpisah.. 

Sha juga banyak berfikir mengenai politik pejabat.. Kadang-kadang terasa macam salah ke pilihan Sha untuk berpindah namun encik suami sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk terus tabah melalui.. Encik suami kata ini dugaan dan cabaran yang Sha perlu hadapi.. Tapi Sha manusia biasa, ada masanya terasa hati juga namun sentiasa Sha positifkan diri.. Tak mudah tapi setiap yang berlaku itu merupakan pengajaran dalam meneruskan kehidupan supaya tak terpesong..

Sha sangat menghargai masa kami bersama sebab sejak pindah tempat kerja ini masa bersama jadi terhad.. Tambahan pula bila MIL sakit.. Encik suami kena berbagi masa untuk kami dan juga MIL.. Bila dapat bersama tu memang kami maksimumkan supaya sentiasa terasa dekat dan bersembang.. Ini antara perkara wajib buat.. Encik suami meluah, sha juga meluah.. Kadang tu Sha je yang bercakap dan encik suami mendengar.. Macam pagi tadilah, bila Sha membebel dia gelak je.. Lepas tu dia akan cakap, isu seterusnya.. Kikiki..

Jomlah layan lagu kat bawah ini.. hehehe..

Post a Comment

0 Comments