ebook | Khayla oleh Ieya Sya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal novel ini, sha berasa terjerat dalam emosi yang dipaparkan penulis melalui Khayla dan juga Luth.. Sha menangis membaca kesakitan yang dialami Khayla.. Kesakitan yang tak ada siapa pun nampak terutama sekali Luth.. penulis berjaya benamkan perasaan sedih berganda-ganda melalui Khayla.. kemuncaknya bila Khayla mengamuk dan kemudian cuba membunuh diri dalam keadaan Khayla tak sedar apa yang dia buat.. Masa ini barulah terbongkar cerita sebenar, mengapa Khayla jadi begitu.. Bila kebenaran terbongkar, orang disekeliling mula faham dan tidak lagi membenci Khayla.. Luth dan Khayla.. Kedua-duanya bersalah sebab tak berterus terang.. Bila konflik cuba dileraikan, sekali lagi Khayla buat keputusan tanpa berterus terang.. Disini, sha mula marahkan Khayla.. Mujurlah ada Noh yang tak berputus asa.. 

Sebuah cerita yang sangat menjerat perasaan.. Sha tak galakkan sangat orang yang stress atau depress untuk baca.. Risau mengganggu emosi.. Sha baca sebab ianya seolah-olah membantu Sha meluahkan perasaan terpendam dengan menangis.. Tapi cerita Khayla tak ada kena mengena dengan Sha.. 

Sha baca dan selesai pada 29.11.2022..

Published October 1, 2019 by Kaseh Aries Publication
Sha pinjam di laman sesawang elib dan baca menggunakan aplikasi eSentral..

Post a Comment

0 Comments