Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Novel | Enigma oleh Nasron Sira Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang disampaikan penulis berselang seli antara masa kini dan imbas semula setiap watak.. Bermula dengan percutian 6 sahabat ke pingir hutan dan kemudiannya mereka melakukan ekspedisi dengan tujuan menjelajah hutan serta bermalam berakhir dengan tragedi.. Razif, Syukri, Rina, Zilla, Suria dan Aisyah dibantu Lokman sebagai jurupandu mereka telah masuk ke dalam hutan.. Semuanya berjalan lancar semasa mereka masuk dan bermalam namun hari yang sepatutnya mereka keluar, Razif mati dibunuh dan terdampar didalam tasik.. Kemudiannya Lokman mengatakan mereka sesat dan Rina hilang.. Belum jumpa jalan keluar sorang dari mereka histeria dan seorang lagi mati.. Suara ngauman yang pelik turut mengganggu mereka.. Saat Aisyah menemukan kebenaran nyawanya betul-betul dalam bahaya.. Siapa agaknya antara mereka yang sebenarnya membunuh atau ada makhluk lain yang memerhatikan mereka..

Sha baca dan selesai pada 15.11.2022..

Published March 1, 2008 by Buku Prima Sdn. Bhd.
Sha pinjam Buku Perpustakaan Negara Malaysia..

Post a Comment for "Novel | Enigma oleh Nasron Sira Rahim"