The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mukmin Bukan Pencela dan Pelaknat


The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Mukmin Bukan Pencela dan Pelaknat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

Daripada Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.”  

(Sunan Tirmizi No: 1900)   
Status: Hadis Hasan 

Pengajaran:

1.  Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya:

a.  Suka mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh).

b.  Suka melaknat

c.  Suka berperilaku keji (berperangai buruk)

d.  Suka berkata kasar (menyakiti orang lain)

2.  Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan. 

3.  Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita kedalam dosa besar seperti memaki hamun, sumpah seranah, memperlekeh, menghina, mengumpat mahupun memfitnah.

4.  Menjadi kewajipan kita mencontohi Rasulullah SAW yang diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam, bukan sebagai pelaknat. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ عَلَى الْمُشْرِكِينَ قَالَ ‏  إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً ‌‏ ‌‏

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Dikatakan kepada baginda: Ya Rasulullah, doakanlah kecelakaan kepada kaum Musyrikin. Baginda menjawab: Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai pelaknat. Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat. (Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab No: 2599)

Jadilah kita orang yang mewarisi akhlak Rasulullah sebagai pembawa rahmah bukan pelaknat. Semoga kita tidak  memperkatakan atau menuturkan serta menulis, sesuatu yang buruk, kasar, kesat  dan menghina  serta melaknat orang lain.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

29hb Nov  2022
04hb Jamadil Awal 1444H
https://youtube.com/shorts/t2_gASf51lc?feature=share
--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Post a Comment

0 Comments