US | Wednesday (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tunggu nak tengok drama ini lepas tertonton klip Wednesday lepaskan ikan pirana dekat sekumpulan pelajar yang buli adik dia.. memang berbaloilah.. suka sangat dengan dark theme yang dipaparkan melalui drama ini.. Pelakon yang bawa watak Wednesday tu memang menarik sangat..

Kisah Wednesday ini bukan sekadar bercerita mengenai sikap dan apa yang terjadi pada Wednesday sebaliknya banyak lagi perkara lain.. Bila Wednesday dihantar ke Akedemi Nevermore, dia berusaha untuk lari dari akedemi tu tapi tak jadi lepas nampak visi yang pelik.. Semuanya berpunca dari visi mengenai rakan sekolah dia yang akan dibunuh.. Malangnya rakan tu bila Wednesday nak selamatkan dia, dia nak bunuh Wednesday sebab dia cakap Wednesday ini akan menyebabkan malapetaka.. Maka perkara tu berlanjutan dan Wednesday kekal di Akademi untuk menyiasat.. Agak keliru juga untuk meneka siapa penjahatnya.. Ada dua suspek yang berlegar-legar di minda.. Apa pun drama ini memang best.. Paling syok ianya padat dan singkat.. Hehehe..

Wednesday
2022 ‧ Comedy, Horror, Crime, Family, Mystery ‧ 1 season
While attending Nevermore Academy, Wednesday Addams attempts to master her emerging psychic ability, thwart a killing spree and solve the mystery that embroiled her parents 25 years ago.

Post a Comment

0 Comments