Malaysia | Mechamato (2022)
Assalamualaikum..
Hye semua..
Memang terbaiklah filem ini.. Macam yang ramai kongsikan, boleh je tonton filem ini tanpa tengok animasi bersiri dia.. Anda akan faham jalan cerita dia..
Kisah Amato yang terjumpa robot bernama Mechabot.. Mechabot ini boleh bergabung dengan apa sahaja alatan dan jadikannya canggih.. Bila Amato yang gunakan memang cantiklah sebab imaginasi budak-budak tidak terbatas.. Paling kelakar masa Amato gunakan akal dia untuk jadi tuan kepada Mechabot.. Jalan cerita dia walaupun klise namun cara ia disampaikan tu yang buatkan Sha dan keluarga teruja menontonnya.. setiap lawak yang disajikan memang akan buatkan kami ketawa.. Tak ada lawak hambar cuma masa adegan kejar mengejar antara Amato, Mechabot dan robot jahat tu je sedikit terganggu sebab masa ini juga ada keluar lagu pasal Beca.. Tak berapa jelas lagu yang dinyanyikan.. Tu je lah sikit pada Sha yang tak best.. Tapi bila fokus pada adegan kejar mengejar tu, memang bestlah.. Bandar Hilir yang dipaparkan pun cantik sangat..
Kalau dekat, memang Sha pergi tonton lagi tapi jauh.. Kos minyak, makan dan tiket tak kena ambil kira juga dalam keadaan semua serba mahal ini.. hehehe..
Post a Comment for "Malaysia | Mechamato (2022)"