![]() |
SELAMAT TAHUN BARU 2023 |
SELAMAT TAHUN BARU 2023!
https://blog.pkbmcelahcahaya.edu.eu.org mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini sempena ketibaan tahun baru 2023 hari ini. Bersyukur kepada Allah swt sehingga hari ini masih berkemampuan untuk terus menulis artikel didalam blog ini dengan lebih inovatif, informatif dan juga terus dibaca ramai. Masuk tahun 2023 bermakna sudah hampir 15 tahun saya menulis artikel berkaitan teknologi pertanian, makanan, isu-isu semasa dan banyak lagi. Artikel dalam blog ini diposting setiap hari satu artikel menjadikan sebanyak 30-31 buah artikel diposting pada setiap bulan dan tidak pernah 'miss' pun sejak 15 tahun lalu. Sehingga pagi 1.1.2023 saya sudah menuli sebanyak 7,246 artikel dengan sebanyak 4,796 artikel sudah pun diposting sementara bakinya menunggu masa untuk dibuat posting. Sempena tahun baru 2023 ini saya menulis mengenai blog
Jumlah viewers harian yang berkunjung di blog ini adalah sekitar 10,000 - 15,000 orang sehari dengan memuncak pada hari-hari bekerja dan musim peperiksaan di pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia. Purata bulanan pula adalah sekitar 360,000 - 370,000 dimana ia akan berkurangan semasa cuti hari Ahad, Sabtu dan juga musim cuti panjang. Dari mana pembaca blog ini datang?. Oleh kerana ia ditulis dalam bahasa Malaysia maka memang tentunya rakyat Malaysia yang paling banyak dengan sejumlah 29.6 juta diikuti dengan orang dari USA (1.86 juta), Indonesia (848k), Singapura (280k), Brunei (180k), Rusian (146k), India (118k), Germany (47.1k), Sweden (38.4k) dan Lain-lain negara (930k). Mungkin ramai bertanya bagaimana orang USA dan negara lain membaca tulisan dalam bahasa... tentunya akan mereka gunakan 'google translate'. Antara artikel yang banyak diminati dari luar negara adalah durian, buah-buahan, kelapa sawit dan juga sektor pertanian secara umumnya. Saya akan meneruskan penulisan mengenai teknologi pertanian dan perkara berkaitan makanan didialam blog ini dimasa akan datang selagi ada diberikan kesihatan dan kekuatan otak demi memberikan ilmu kepada semua.
SELAMAT TAHUN BARU 2023!...
0 Comments