Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Terjemah Kitab al-Sittin Masalah. pdf

 (الستين مسألة)

Kitab al-Sittin Masalah

Kitab al-Sittin Masalah (الستين مسألة) merupakan satu kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam puluh masalah agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan hasil karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid, seorang yang terkenal dengan kesalihannya dan banyak beribadat. Beliau wafat pada 14 Rabi’ul Awal tahun 819 hijrah.

Imam al-Syaikh Ahmad al-Ramli (957H), menyebutkan nama kitab ini sebagai “ al-Muqaddimah ” yang terkenal dengan “ al-Sittin Mas-alah ”. Beliau telah menyusun sebuah kitab yang menghuraikan matn al-Sittin Masalah ini.

Sittin Masalah bermaksud 60 masalah. Dinamakan 60 masalah bukan kerana hanya terdapat 60 masalah sahaja di dalam ini, tetapi terdapat ratusan masalah jika dihuraikan. Pengarang menamakan kitabnya sebegini untuk memberikan maksud bahawa kitab ini sangat banyak permasalahan fiqh.

Kitab ini jika dilihat hanya memperbahaskan perkara dasar dalam mazhab Imam Syafie, ini kerana kitab ini ditulis agar menjadi permulaan bagi anak-anak dalam mempelajari fiqh.

Kitab ini hanya membahaskan toharah (bersuci), solat dan puasa, adapun zakat dan haji tidak dibahaskan kerana kebiasaan anak-anak tidak membayar zakat sendiri dan tidak mampu pergi melakukan haji.


Silahkan Download Kitabnyaa Disini.

Post a Comment for "Terjemah Kitab al-Sittin Masalah. pdf"